Monday, January 28, 2013

Produk Kecantikan ... Pure Marine Collegan

Hari ni nak cite pasal sejenis produk kecantikan iaitu Pure Marine Collegan atau nama singkatnya PMC ... ia adalah sejenis rumpai laut yang telah dikeringkan yang berasal dari Negeri Sabah ... terdapat 2 jenis PMC yang popular iaitu PMC gred AA yang berwarna kekuningan dan PMC gred AAA yang berwarna unggu ...

 Ini lah Pure Marine Collegan gred AA .... warna kekuningan 

Saturday, January 19, 2013

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Berlada

Malam ni nak masak ikan cencaru sumbat berlada ... dalam perkataan lain ikan cencaru inti sambal ... gituuuu ... cara memasaknya amat la mudah dan ringkas ... kalau ikut cara aku ler ... sebenarnya macam-macam cara nak masak ikan cencaru sumbat berlada ni ... ada yang letak kelapa dalam sambalnya ... ada yang serai ... semua tu terpulang pada cara dan citarasa memasing .... aku lebih suka sumbat ngan sambal jek ... pastu goreng ikan cencarunya tu garing-garing ... tapi rupa parasnya jadi tak menawan la kan .. sebab sambalnya bertukar kala hitam yang terkeluar dari ikan .. yang dalam ikan still merah menawan lagi ... gituuuu ... so ... jom layan jek la resepi ikan cencaru sumbat berlada aku ni ....

Ikan Cencaru Sumbat Berlada ... kredit to hungryc.com ... letak gambar hasil carian google sebab ikan yang aku goreng tak berapa nak encem pic nya ... garing sangat sampai tak nampak merah sambal .. jadi kala itam .. hehe ..

Ikan Cencaru Sumbat Berlada

Sinopsis Cerekarama Nur Hidayah



Cerekarama Nur Hidayah ni dah tengok 2 minggu lepas .. tapi baru la ni baru berkesempatan nak buat sinopsis dia … huhu … busy la lately … wah .. gitu … cerekarama Nur Hidayah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama Nur Hidayah … watak Nur Hidayah ni dilakonkan oleh Faradiya … bergandingan dengan hero malaya Pierre Andre yang memegang watak Amril … Nur Hidayah mempunyai seorang adik perempuan bernama Nur Salihah … Nur Hidayah sangat sayangkan adiknya itu … dia sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya … walau maruah diri menjadi cagarannya … perkahwinan yang disangka akan membawa bahagia rupanya hanya anganan … Nur Hidayah dibenci oleh ibu mertuanya (lakonan Dian P.Ramlee) … ibu mertuanya lebih sayangkan bekas menantunya dari Nur Hidayah … bekas isteri Amir (lakonan Lisdawati)  menghasut anak mereka, Sofi supaya membenci Nur Hidayah … kehidupan Nur Hidayah bertambah sengsara apabila Amril disahkan menghidap penyakit kelamin … kerana cara pergaulan bebas yang diamalkannya dahulu … Amril menyesal tapi nasi sudah menjadi bubur … keadaan diburukkan dengan tindakan ibu Amril yang membekukan semua akaun atas nama Amril … bagaimana kesudahan hidup Nur Hidayah dan Amir selepas itu??? … jeng .. jeng … jom layan jek la sinopsis cerekarama Nur Hidayah ni …

Sunday, January 13, 2013

Sinopsis Cerekarama 'Sayangku Damia'

Malam sabtu memang tengok tv .. tengok tv3 ... layan cerekarama ler ... cerekarama yang bertajuk Sayangku Damia ... best jugak citenya .. lakonan mantap dari Kamal Adli dan Haney Suraya ... pelakon pembantu pun tak kurang hebat ... lakonan Roy Azman memang sesuai sebagai seorang ayah yang nampak baik tapi sebenarnya lebih zalim dari binatang ... kisah tentang seorang gadis yang bernama Damia ... mengidap sejenis penyakit mental yang dipanggil Skizofrenia ... sejenis penyakit mental yang diakibatkan oleh tekanan perasaan yang dialami oleh seseorang yang telah melalui suatu pengalaman yang menyakitkan atau menakutkan dalam hidup mereka .... Damia hidup tidak terurus ... orang kampung menganggapnya gila atau tidak siuman ... Damia tidak dibenarkan bersekolah dan mempunyai kawan .. ayahnya mengongkong hidupnya ... disebabkan penyakitnya itu .. dia sering merasakan ibunya masih ada walaupun sebenarnya ibunya telah tiada ... haaaa ... best tak intro ... jom la layan sinopsis cerekarama Sayang ku Damia ni ...


Aisy Mula Belajar Mengaji Muqaddam

Hari ni Aisy mula belajar mengaji Muqaddam kat umah Cikgu Sa'mah ... sama tempat mengaji ngan abang dia, Ayen .. Ayen dah naik Al-Quran dah ... senang kalau satu tempat ni ... suh Ayen tengok-tengokkan adik dia ... Aisy ni satu macam perangai kalau dia tak de kawan ... dia jenis tak pandai nak cari kawan ... dengan adanya Ayen, mungkin dia rasa selamat sikit ... gituuu

Inilah aisy ... dah siap-siap nak gi ngaji ... dalam beg kat belakang dia tu ada Muqaddam dan rehal ... selamat belajar mengaji Muqaddam Aisy ... belajar rajin-rajin ... jangan main-main tau ... 

Friday, January 11, 2013

Aku Hantu Pasar Malam

 Permandangan pasar malam kamis ... ni kat tempat jualan pakaian ... terselit jugak gerai buah-buahan kat situ ... hehe 

Pasar malam tiba lagi ... setiap ari kamis ... bermula seawal jam 5 petang ... aku memang gile sikit bila sebut pasar malam ... nak gi sokmo ... hahaha ... suka cuci mata ... melihat-lihat apa yang di jual kat pasar malam tu ... macam-macam ada ... harga pun berpatutan ... leh tawar-tawar lagi ... yang paling best kalau ada lelong yang longgok-longgok tu ... tak kira la .. pakaian ker buah-buahan ke ... termasuklah makanan ... semua boleh dilelong ... hahaha ....

Monday, January 07, 2013

Aisy Dah Masuk Sekolah


Diam tak diam .. dah 7 hari berlalu ... tak terasa waktu meninggalkan kita ... aku memang busy betul permulaan tahun baru ini ... mana tidaknya ... bujang kecik ku baru melangkah ke alam persekolahan ... ditambah dengan badan yang tidak berapa sihat ni ... demam pulak aku ni ... nasib baik anak-anak dah sihat sebelum mula persekolahan ... kalau tak terpaksa menyambung cuti lagi lah nampaknya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...